30 November 2008

Politeknik Johor Bahru


Pasir Gudang - Ahad 30hb Disember 2008
Biro Latihan & Unit IT , UMNO Bahagian Pasir Gudang telah berjaya menganjurkan kursus E-Cawangan bertempat di Politeknik Johor Bahru. AJK Bahagian dan wakil semua cawangan yang terletak di DUN Johor Jaya dan DUN Permas Jaya terlibat dalam menjayakan kursus tersebut.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Ibrahim bin Ghaffar selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Tahniah diucapkan kepada Biro Latihan & Unit IT , UMNO Pasir Gudang.

29 November 2008

Al-Fatihah

Nov 28, 08 7:31pm

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.
razali ismailDalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

23 November 2008

KETUA BAHAGIAN PASIR GUDANG

YB DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Y.B. Dato' Mohamed Khaled Nordin adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan memegang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau juga merupakan naib ketua UMNO Johor dan ahli Pasir Gudang (P. 159).

Y.B. Dato' Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Beliau memulakan kerjayanya di Petronas sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau nmerupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Y.B. Dato' Seri telah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999 setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004.

Pada pilihan raya umum 2004, YB. Dato' Seri telah bertukar ke kerusi Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi. Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi. Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008.

Pada pilihanraya umum 2008, YB. Dato' Seri telah berjaya mengekalkan kerusinya Parlimen Pasir Gudang dengan menewaskan calon PRM. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

YB. Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.