12 Mac 2009

Pilihan

Muhyiddin pilihan utama No. 2 Umno
Mar 12, 09 3:13pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir calon-calon pilihan untuk mengetuai persaingan merebut dua jawatan utama Umno dalam pemilihan parti hujung bulan ini, kata satu tinjauan.

Muhyiddin mendapat 52 peratus sokongan responden untuk timbalan presiden Umno, berbanding dua lagi pencabarnya Tan Sri Muhammad Muhd Taib (7%) dan Datuk Ali Rustam (11%).

Sementara anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat 52 peratus pilihan responden bagi jawatan ketua Pemuda Umno, berbanding Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo - masing-masing 11%.

Dalam tinjauan pendapat Merdeka Center yang diumumkan hari ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (51%) mengatasi penyandang ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (26%).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula masing-masing meraih 17 peratus, 13 peratus dan lapan peratus bagi naib presiden Umno. berita lanjut

0 comments: