23 Mei 2009

1Malaysia

Malaysia - Singapura setuju bina jambatan ketiga

SINGAPURA: Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura bahawa sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.

Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di sini hari ini.

Najib, yang berada di sini sejak semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke republik ini, berkata jambatan baru itu juga akan membantu membangunkan bahagian timur Johor seperti di kawasan di Pengerang, termasuk Desaru, yang masih kurang membangun tetapi mempunyai potensi ekonomi yang besar. berita lanjut

Iskandar Malaysia


NUSAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Iskandar Malaysia tidak terjejas dengan kesan kemelesetan ekonomi global semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika ini, pembangunan Iskandar Malaysia tidak alami kelembapan, malah ia menepati matlamat pembangunannya.

"Saya tidak menjangka aliran masuk FDI ke Iskandar Malaysia berkurangan. Saya berasa ia mengalir ke kawasan utama pembangunan dan sudah menarik banyak minat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) berkata, sejak dilancarkan lebih dua tahun lalu, kemasukan pelaburan sudah mencapai RM42.63 bilion dengan 30 peratus daripadanya sudah dibelanjakan.

Terdahulu, Najib meninjau pembangunan Iskandar Malaysia melalui udara dan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keseluruhan pembangunan Iskandar Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Irda, Harun Johari.

Di bawah Pelan Komprehensif, Iskandar Malaysia menjangkakan menerima pelaburan sehingga RM110 bilion menjelang 2025. Iskandar Malaysia seluas 2,217 kilometer itu dijangka mempunyai kepadatan penduduk sehingga 3 juta orang berbanding 1.3 juta orang pada masa ini.

Najib berkata, beliau akan terus mempelawa rakyat Singapura melabur ke Iskandar Malaysia yang sudah dikenal pasti menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negara ini.

13 Mei 2009

Ustaz Syahrin

Rumah Setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Ketua Pemuda Bahagian Tebrau di masuki perompak malam tadi. Syahrin Md Jamaluddin atau lebih di kenali sebagai Ustaz Syahrin tiada di rumah ketika kejadian namun ahli keluarganya selamat tanpa kejadian lebih buruk.

Sekalung tahniah buat PDRM yang pantas bertindak dalam usaha mengurangkan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi di daerah Johor Bahru. Tindakan tegas PDRM termasuk menembak mati adalah perlu kerana penjenayah semakin agresif hingga mengancam nyawa penjaga keselamatan kita.

"JOHOR BAHRU 13 Mei – Polis menembak mati lima penjenayah selepas kumpulan itu memecah masuk rumah Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Syahrin Md. Jamaludin di Kampung Sinaran Baru di Skudai, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, penjenayah terbabit bertindak agresif dengan melanggar sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

Suspek sebelum itu melarikan Proton Waja milik mangsa selepas menggeledah rumahnya selama satu jam." sumber Utusan Online

05 Mei 2009

MAJLIS CERAMAH PENERANGAN ISU-ISU SEMASA

TARIKH
06hb Mei 2009 ( RABU )

MASA
9:00 malam

TEMPAT
Jalan Sentosa 12 ( TAPAK MEDAN SELERA )
Bandar Baru Nusa Damai
81700 Pasir Gudang
Johor

ANJURAN
BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG
&
UMNO CAWANGAN BANDAR BARU NUSA DAMAI

KEHADIRAN TUAN / PUAN AMAT-AMAT DIHARAPKAN