31 Disember 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Pengumuman.. Pengumuman..
berikut disertakan berita terbaru khas berkaitan warga Nusa Damai

Thursday, December 31, 2009

Wajah Baru 2010

Pasir Gudang -
Warga Nusa Damai mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Sebagai persediaan menyambut Tahun Baru 2010 , Laman Nusa Damai kini sedang dikemaskini demi pautan yang lebih pantas dan berintergrasi.

Adalah diharapkan kehadiran Tahun 2010 nanti , seluruh warga Nusa Damai akan memulakan langkah-langkah kehidupan dengan lebih bermakna lagi , Insya-Allah.

Kini Laman Nusa Damai boleh dicapai di http://nusadamai.co.cc . sekiranya masih ada ralat, akan dikemaskini dengan segera.

Pautan lain adalah seperti berikut:-

KRT Zon Sentosa
Nusa Damai
Pemuda Nusa Damai
Umno Nusa Damai

21 November 2009

Cuti & Aidil Adha 1430

Saat nanti kini kembali lagi



Warga Nusa Damai mengucapkan
Selamat Bercuti Persekolahan Akhir Tahun 2009 kepada pelajar & guru 1Malaysia.

Kami juga mengucapkan Salam Aidil Adha 12hb Zulhijjah 1430 bersamaan 27hb Disember 2009

07 Ogos 2009

Blog Pemuda


Pasir Gudang, Pergerakan Pemuda Nusa Damai telah berjaya membangunkan Blog mereka sendiri. Pemuda juga tidak mahu ketinggalan memanfaatkan bidang IT ketika mengharungi dunia yang semakin mencabar ini. Adalah menjadi harapan pemuda, bekerjasama dengan pelbagai pihak yang sudi berganding bahu demi perpaduan dan kerukunan masyarakat setempat.

URL yang telah berjaya didaftarkan adalah seperti berikut :-

http://pemudand.blogspot.com
http://pemudand.co.cc


Sebarang komen membina adalah amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan kami.


$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

03 Julai 2009

Program Cucian Amal 2009

Pasir Gudang - Tahniah kepada Pergerakan Pemuda Cawangan Bandar Baru Nusa Damai dengan kerjasama KRT Zon Sentosa telah berjaya menganjurkan Program Cucian Amal 2009. lanjutkan

23 Mei 2009

1Malaysia

Malaysia - Singapura setuju bina jambatan ketiga

SINGAPURA: Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura bahawa sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.

Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di sini hari ini.

Najib, yang berada di sini sejak semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke republik ini, berkata jambatan baru itu juga akan membantu membangunkan bahagian timur Johor seperti di kawasan di Pengerang, termasuk Desaru, yang masih kurang membangun tetapi mempunyai potensi ekonomi yang besar. berita lanjut

Iskandar Malaysia


NUSAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Iskandar Malaysia tidak terjejas dengan kesan kemelesetan ekonomi global semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika ini, pembangunan Iskandar Malaysia tidak alami kelembapan, malah ia menepati matlamat pembangunannya.

"Saya tidak menjangka aliran masuk FDI ke Iskandar Malaysia berkurangan. Saya berasa ia mengalir ke kawasan utama pembangunan dan sudah menarik banyak minat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) berkata, sejak dilancarkan lebih dua tahun lalu, kemasukan pelaburan sudah mencapai RM42.63 bilion dengan 30 peratus daripadanya sudah dibelanjakan.

Terdahulu, Najib meninjau pembangunan Iskandar Malaysia melalui udara dan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keseluruhan pembangunan Iskandar Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Irda, Harun Johari.

Di bawah Pelan Komprehensif, Iskandar Malaysia menjangkakan menerima pelaburan sehingga RM110 bilion menjelang 2025. Iskandar Malaysia seluas 2,217 kilometer itu dijangka mempunyai kepadatan penduduk sehingga 3 juta orang berbanding 1.3 juta orang pada masa ini.

Najib berkata, beliau akan terus mempelawa rakyat Singapura melabur ke Iskandar Malaysia yang sudah dikenal pasti menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negara ini.

13 Mei 2009

Ustaz Syahrin

Rumah Setiausaha politik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Ketua Pemuda Bahagian Tebrau di masuki perompak malam tadi. Syahrin Md Jamaluddin atau lebih di kenali sebagai Ustaz Syahrin tiada di rumah ketika kejadian namun ahli keluarganya selamat tanpa kejadian lebih buruk.

Sekalung tahniah buat PDRM yang pantas bertindak dalam usaha mengurangkan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi di daerah Johor Bahru. Tindakan tegas PDRM termasuk menembak mati adalah perlu kerana penjenayah semakin agresif hingga mengancam nyawa penjaga keselamatan kita.

"JOHOR BAHRU 13 Mei – Polis menembak mati lima penjenayah selepas kumpulan itu memecah masuk rumah Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Syahrin Md. Jamaludin di Kampung Sinaran Baru di Skudai, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, penjenayah terbabit bertindak agresif dengan melanggar sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

Suspek sebelum itu melarikan Proton Waja milik mangsa selepas menggeledah rumahnya selama satu jam." sumber Utusan Online

05 Mei 2009

MAJLIS CERAMAH PENERANGAN ISU-ISU SEMASA

TARIKH
06hb Mei 2009 ( RABU )

MASA
9:00 malam

TEMPAT
Jalan Sentosa 12 ( TAPAK MEDAN SELERA )
Bandar Baru Nusa Damai
81700 Pasir Gudang
Johor

ANJURAN
BIRO PENERANGAN UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG
&
UMNO CAWANGAN BANDAR BARU NUSA DAMAI

KEHADIRAN TUAN / PUAN AMAT-AMAT DIHARAPKAN

26 Mac 2009

Timbalan Presiden


Debaran sepanjang hari ini di kalangan perwakilan dan penyokong berakhir apabila keputusan rasmi diumumkan jam 10.40 malam ini

Timbalan presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,575 undi)

Naib presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1,592 undi)
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (1,515 undi)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (1,445)

12 Mac 2009

Pilihan

Muhyiddin pilihan utama No. 2 Umno
Mar 12, 09 3:13pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mukhriz Mahathir calon-calon pilihan untuk mengetuai persaingan merebut dua jawatan utama Umno dalam pemilihan parti hujung bulan ini, kata satu tinjauan.

Muhyiddin mendapat 52 peratus sokongan responden untuk timbalan presiden Umno, berbanding dua lagi pencabarnya Tan Sri Muhammad Muhd Taib (7%) dan Datuk Ali Rustam (11%).

Sementara anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat 52 peratus pilihan responden bagi jawatan ketua Pemuda Umno, berbanding Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo - masing-masing 11%.

Dalam tinjauan pendapat Merdeka Center yang diumumkan hari ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (51%) mengatasi penyandang ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (26%).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula masing-masing meraih 17 peratus, 13 peratus dan lapan peratus bagi naib presiden Umno. berita lanjut

09 Mac 2009

Maulidur Rasul 1430H

28 Februari 2009

Politik PERAK

Feb 27, 09 4:55pm

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. berita lanjut

21 Februari 2009

terkini dari Selangor

'Ini manusia tak boleh digertak,' kata Khalid Ibrahim

Abdul Rahim Sabri | Feb 21, 09 1:13pm

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan kuasanya menggunakan wang kerajaan untuk penyelenggaraan kereta miliknya adalah "satu gertakan".

"Saya guna kereta saya (untuk keperluan peribadi), kerajaan negeri tak payah bayar (penyelenggaraan). berita lanjut

10 Februari 2009

Exco BN

Empat muka baru exco BN di Perak
Feb 10, 09 1:38pm

Enam exco kerajaan baru Perak bawah pentadbiran BN, termasuk empat muka baru, mengangkat sumpah pagi ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di depan Sultan Perak.

Tiada penunjuk perasaan di kawasan tersebut dan keadaan kelihatan tenang. berita lanjut

04 Februari 2009

MB gagal bubar DUN Perak

kemaskini 9.26pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah. berita lanjut

01 Februari 2009

Toolbar

Install Umno Toolbar sekarang untuk Explorer anda,

click atau lawati http://umno.ourtoolbar.com

Rabbi Yahudi

Rabbi Yahudi: Kami Berhak membunuh walau sejuta rakyat Palestin!


January 28, 2009 by admin

Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Akbar di Saudi, Al-Watan yang disiarkan, Sabtu lepas, seorang Rabbi Yahudi-Zionis telah mengeluarkan kenyataan yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan yang mengerikan itu bagi mereka yang sudah melakukan kejahatan pembantaian terhadap orang Palestin. berita lanjut

14 Januari 2009

Boikot TESCO

Pengasas TESCO ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya yang bernama TESSA... berita lanjut