07 Ogos 2009

Blog Pemuda


Pasir Gudang, Pergerakan Pemuda Nusa Damai telah berjaya membangunkan Blog mereka sendiri. Pemuda juga tidak mahu ketinggalan memanfaatkan bidang IT ketika mengharungi dunia yang semakin mencabar ini. Adalah menjadi harapan pemuda, bekerjasama dengan pelbagai pihak yang sudi berganding bahu demi perpaduan dan kerukunan masyarakat setempat.

URL yang telah berjaya didaftarkan adalah seperti berikut :-

http://pemudand.blogspot.com
http://pemudand.co.cc


Sebarang komen membina adalah amat dialu-alukan demi memperbaiki kelemahan kami.


$6.00 Welcome Survey After Free Registration!

03 Julai 2009

Program Cucian Amal 2009

Pasir Gudang - Tahniah kepada Pergerakan Pemuda Cawangan Bandar Baru Nusa Damai dengan kerjasama KRT Zon Sentosa telah berjaya menganjurkan Program Cucian Amal 2009. lanjutkan

23 Mei 2009

1Malaysia

Malaysia - Singapura setuju bina jambatan ketiga

SINGAPURA: Malaysia telah mencadangkan kepada Singapura bahawa sebuah jambatan baru dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke negara pulau itu.

Jambatan baru itu akan dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong di sini hari ini.

Najib, yang berada di sini sejak semalam bagi lawatan rasmi dua hari ke republik ini, berkata jambatan baru itu juga akan membantu membangunkan bahagian timur Johor seperti di kawasan di Pengerang, termasuk Desaru, yang masih kurang membangun tetapi mempunyai potensi ekonomi yang besar. berita lanjut

Iskandar Malaysia


NUSAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yakin Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Iskandar Malaysia tidak terjejas dengan kesan kemelesetan ekonomi global semasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ketika ini, pembangunan Iskandar Malaysia tidak alami kelembapan, malah ia menepati matlamat pembangunannya.

"Saya tidak menjangka aliran masuk FDI ke Iskandar Malaysia berkurangan. Saya berasa ia mengalir ke kawasan utama pembangunan dan sudah menarik banyak minat antarabangsa," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) berkata, sejak dilancarkan lebih dua tahun lalu, kemasukan pelaburan sudah mencapai RM42.63 bilion dengan 30 peratus daripadanya sudah dibelanjakan.

Terdahulu, Najib meninjau pembangunan Iskandar Malaysia melalui udara dan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini keseluruhan pembangunan Iskandar Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Irda, Harun Johari.

Di bawah Pelan Komprehensif, Iskandar Malaysia menjangkakan menerima pelaburan sehingga RM110 bilion menjelang 2025. Iskandar Malaysia seluas 2,217 kilometer itu dijangka mempunyai kepadatan penduduk sehingga 3 juta orang berbanding 1.3 juta orang pada masa ini.

Najib berkata, beliau akan terus mempelawa rakyat Singapura melabur ke Iskandar Malaysia yang sudah dikenal pasti menjadi satu pusat pertumbuhan baru di negara ini.